Majlis Perasmian Dan Penutup Karnival Sayangi Malaysiaku
14 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniKarnival Sayangi Malaysiaku adalah karnival anjuran pusat khidmat ADUN Bukit Kayu Hitam & Ahli Parlimen Kubang Pasu yang diadakan di perkarangan RTC KEDA Napoh selama seminggu. Pada 13 Oktober yang lalu telah diadakan majlis perasmian dan penutup yang disempurnakan oleh YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir iaitu Menteri Besar Kedah.
Karnival ini bertujuan membuka peluang perniagaan kepada penduduk tempatan dan juga untuk mengeratkan hubungan bersama komuniti setempat disamping untuk mengalakkan orang ramai untuk berkunjung di RTC Napoh yang menawarkan pelbagai perkhidmatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: